Telefon premium yang lengkap – Samsung Galaxy Note20 Ultra

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G sememangnya adalah sebuah peranti premium yang mempunyai spesifikasi yang hebat dengan reka bentuk yang menawan. Terdapat pelbagai ciri-ciri istimewa yang ada pada Note20 Ultra 5G ini yang pastinya akan membuat anda mengidamkan telefon ini.

Terdapat juga perubahan besar yang ada pada Note 20 Ultra 5G ini berbanding dengan generasi yang sebelumnya seperti S Pen versi baru yang ada pelbagai ciri baru yang menarik dan banyak lagi. Mari tonton video kami ini untuk butiran lebih lanjut mengenai Note20 Ultra 5G ini dan ikuti kami di YouTube TechNave BM untuk video teknologi terkini.