‘Unboxing’ OPPO Find X2 Pro Automobili Lamborghini Edition – Hiasan ‘supercar’ untuk telefon pantas!

Buat peminat kereta mewah Lamborghini di luar sana, pasti korang akan tertarik dengan OPPO Find X2 Pro edisi khas ni yang telah direka khas dengan hiasan yang melambangkan Aventador SVJ Roadster. Bukan telefonnya sahaja yang mempunyai hiasan menarik, malah ia turut datang dengan aksesori OPPO yang telah digayakan dengan penjenamaan eksklusif Lamborghini.

Jom tengok apa yang istimewa dalam peranti edisi terhad ini dan ikuti kami di YouTube TechNave BM!

#OPPOMalaysia #OPPOFindX2Pro #OPPOLamborghini