(Video ‘Unboxing’) realme 6 Pro dengan Snapdragon 720G, 6 kamera, skrin 90Hz berharga RM1,399

realme Malaysia telah melancarkan realme 6 Pro, telefon pintar kelas pertengahan yang dijual pada harga RM1,399. Ia adalah sebuah peranti yang dikuasai oleh Snapdragon 720G, sebuah cipset yang direka khas untuk prestasi gaming dan multimedia yang lebih baik. Dilengkapi paparan IPS LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi 2400 x 1080 dan kadar segar semula 90Hz, peranti ini adalah peranti bersama skrin 90Hz dengan harga mampu milik!

Untuk spesifikasi yang menarik termasuklah kamera quad 64MP dan dua kamera selfie 16MP, anda mungkin boleh pertimbangkan realme 6 Pro jika anda mencari peranti berprestasi di bawah harga RM1,500. Apakah pandangan jujur daripada kami? Tonton dan telusuri video kami!

Ad

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan subscribe YouTube TechNave BM untuk video teknologi terkini.