More

    Pelancaran realme 6 Pro di Malaysia: 6 kamera, Snapdragon 720G, skrin 90Hz pada harga RM1,399

    Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan realme 6 Pro, telefon pintar kelas pertengahan yang dijual pada harga RM1,399. Ia adalah sebuah peranti yang dikuasai oleh Snapdragon 720G, sebuah cipset yang direka khas untuk prestasi gaming dan multimedia yang lebih baik. Ia dilengkapi paparan IPS LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi 2400 x 1080 dan kadar segar semula 90Hz.

    Selain itu, antara daya penarik telefon pintar ini adalah enam kamera yang terdiri daripada empat kamera belakang dan dua kamera hadapan. Bagi kamera belakang, ia terdiri daripada kamera utama pro 64MP, kamera ultra-lebar dengan sudut penglihatan seluas 119°, kamera telefoto yang menyokong zum optikal 2x dan zum hibrid 20x serta kamera makro.

    Bagi kamera hadapan pula, ia mempunyai kamera in-display 16MP dan kamera ultra-lebar 8MP. realme 6 Pro juga mempunyai kebolehan untuk merakam video gerak perlahan (slow motion) sehingga 120fps pada kamera belakang dan hadapan.

    Daripada segi tenaga pula, ia dilengkapi bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W. Menurut realme, pengecasan penuh daripada 0% mengambil masa hanya 60 minit.

    Berikut adalah spesifikasi penuh realme 6 Pro:

    • Cipset Snapdragon 720G
    • RAM 8GB + storan 128GB
    • Paparan IPS LCD 90Hz 6.6 inci, resolusi 2400 x 1080
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telefoto 12MP + kamera makro 2MP
    • Kamera hadapan: kamera selfie in-display 16MP + kamera ultra-lebar 8MP
    • Bateri 4,300mAh, pengecasan pantas 30W
    • Realme UI berdasarkan Android 10
    • Bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di bahagian sisi

    Ia boleh dibeli bermula 12 Mei di Lazada atau 16 Mei di kedai pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan realme 6 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...