fbpx
More

    Acer Predator Triton Neo 16 dilancar di Malaysia: RTX 4070, skrin 3.2K, Intel Core Ultra 9 berharga RM9,999

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba gaming Predator Triton Neo 16 yang dilengkapi pelbagai spesifikasi terkini untuk menghasilkan pengalaman gaming yang pantas dan menyeronokkan.

    Komputer riba ini dilengkapi pemproses Intel Core Ultra 9 185H dan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 Laptop GPU dengan kuasa maksimum 255W bagi menghasilkan prestasi gaming yang lancar sambil menjana kualiti grafik yang cantik. Meskipun dengan spesifikasi canggih, komputer ini mempunyai berat 2.05kg sahaja dan ketebalan 18.82mm, membuatkannya komputer riba gaming yang mudah dibawa ke mana-mana.

    Skrinnya pula berukuran 16 inci dengan resolusi 3.2K, kadar segar semula 165Hz, nisbah aspek 16:10 dan gamut warna DCI-P3 100%. Ia dilengkapi NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC untuk penghasilan imej yang tidak koyak (tear-free visuals) dalam semua game anda.

    Ia menawarkan NVIDIA DLSS 3.5, NVIDIA Studio dan Intel Application Optimization bagi menghasilkan kawalan perisian dan pengalaman gaming yang lancar, manakala untuk rakaman audio pula, ia mempunyai Acer Purified Voice 2.0 dengan pembatalan hingar AI supaya suara anda boleh dirakam dengan jelas.

    Sistem penyejukannya terdiri daripada Predator Cooling System yang terdiri daripada dwi-kipas 5th Gen AeroBlade 3D, gris haba cecair besi (liquid metal thermal grease) dan paip haba vector bagi mengekalkan haba pada tahap yang selamat.

    Papan kekuncinya mempunyai cahaya RGB tiga zon dan boleh diubah dalam perisian PredatorSense 5.0. Komputer ini turut mempunyai pelbagai port I/O seperti HDMI, USB-C Thunderbolt 4 dan pengimbas kad microSD.

    Acer Predator Triton Neo 16 akan dijual pada harga RM9,999 dan ia boleh dibeli dari Acer eStore, Shopee, Lazada serta pengedar-pengedar sah di seluruh negara. Pelanggan yang membelinya dalam tempoh 16 hingga 25 Jun 2024 akan menerima Acer Melbourne Luggage 20″ secara percuma.

    Di samping itu, pelanggan yang membeli produk-produk Acer terpilih termasuklah Predator Triton Neo 16 sebelum 21 Jun 2024 boleh menyertai cabutan bertuah di mana pemenang boleh dapatkan dua tiket ke VCT Pacific Season Finals (bernilai RM10,000) di Korea Selatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri HONOR 200 dilancar di Malaysia: SD 8s Gen 3, pelbagai fungsi AI, cas...

    Pada hari ini, HONOR Malaysia memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan/andalan terbaru iaitu siri HONOR 200 yang terdiri daripada HONOR 200 dan...

    Siri OPPO Reno12 akan dilancar di Malaysia pada 27 Jun 2024

    Siri telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno12 telah diperkenalkan buat kali pertama di China pada bulan Mei lalu, dan dalam masa terdekat,...

    Infinix x BMW lancarkan siri Note 40 5G Racing Edition secara rasmi di Malaysia,...

    Infinix Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan BMW Designworks untuk melancarkan siri NOTE 40 bertemakan Wings of Speed yang terdiri daripada NOTE...

    TikTok lancarkan Whee, aplikasi media sosial baharu mirip Instagram

    Jika anda gemar menggunakan platform media sosial TikTok atau Instagram, anda mungkin akan berminat dengan sebuah aplikasi media sosial baharu yang dibangunkan...

    Fahmi Fadzil: Malaysia bersedia melancarkan rangkaian 5G kedua

    Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kerajaan kekal komited untuk melaksanakan dasar rangkaian 5G kedua. Beliau berkata syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X