fbpx
More

    Ingin cuba Galaxy AI? Datang ke “escape room” Samsung di Semua House KL!

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pameran khas Galaxy AI-Volution di Semua House, Kuala Lumpur dan menjemput anda untuk cuba sendiri fungsi Samsung Galaxy AI di situ. Pameran ini akan berlangsung sehingga 26 Mei 2024 dan ia menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang dikhaskan untuk penggunaan fungsi Galaxy AI dalam siri telefon pintar Samsung Galaxy S24.

    Pameran ini menyediakan beberapa aktiviti bilik cabaran (escape room) bertemakan angkasa lepas, di mana anda perlu gunakan semua fungsi Galaxy AI dalam telefon Samsung Galaxy S24 untuk melengkapkan objektif anda. Antara fungsi Galaxy AI yang akan digunakan termasuklah Note Assist, Chat Assist, Live Translate dan Photo Assist.

    Bilik cabaran ini mempunyai lima peringkat iaitu Welcome Aboard, Ready for Takeoff, AI-Volution x Bomb Battle, The Winning Shot dan Share The Victory.

    Ruang pendaftaran
    Anda perlu gunakan fungsi Note Assist untuk keluar daripada bilik ini
    Anda perlu gunakan fungsi Live Translate untuk terjemah bahasa asing dan keluar daripada bilik ini
    Anda boleh ambil gambar dengan latar belakang bertemakan angkasa lepas
    Pelbagai hadiah menarik menanti anda

    Dengan melengkapkan cabaran dalam setiap peringkat, anda boleh dapatkan kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM10, produk Samsung Galaxy x Mindfreakxx dan patung figura Popo Mart Blind Box.

    Samsung Malaysia juga akan bekerjasama dengan Curators Lab dan The Messy Club untuk bawa beberapa peniaga kecil dengan pelbagai produk menarik ke pameran ini. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy AI dalam Samsung Galaxy S24.

    Masuk ke pameran ini adalah percuma sehingga 26 Mei 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X