fbpx
More

    Kerjasama PETRONAS, CelcomDigi bakal transformasi tekno-digital 5G untuk sektor tenaga

    PETRONAS dan CelcomDigi bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa 5G.

    Kerjasama strategik dua tahun ini akan menyaksikan PETRONAS dan CelcomDigi meneroka usaha industri tekno-digital melalui penggunaan teknologi 5G untuk menjana penambahbaikan yang berterusan merentasi keseluruhan operasi PETRONAS.

    Kasawari Carbon Capture and Storage (CCS)

    PETRONAS dan CelcomDigi telah menjalinkan kerjasama bermula tahun 2019 dengan pelaksanaan rangkaian 4G LTE persendirian yang pertama di Angsi, salah satu platform luar pesisir terbesar untuk PETRONAS dan 21 platform luar pesisir 4G yang bersambung sepenuhnya.

    Projek terbaharu ialah pelancaran rangkaian 5G persendirian pertama di Kasawari Carbon Capture and Storage (CCS), platform luar pesisir utama PETRONAS yang berhampiran Sarawak. Kasawari akan menjadi tapak ujian untuk kes kegunaan 5G bagi mengaktifkan lebih lagi inovasi digital.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X