fbpx
More

    Penggantian KLIA Aerotrain dijangka siap lebih awal daripada jadual

    Projek aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 31 Jan 2025. Pengendali KLIA, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata garis masa dipercepatkan bagi projek penggantian aerotrain mendahului tarikh siap asal pada 31 Mac 2025 selama dua bulan.

    Tarikh penyiapan baharu itu dimuktamadkan melalui kontrak yang ditandatangani pada 14 Jun 2024 antara anak syarikatnya Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd serta usaha sama yang terdiri daripada IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd.

    MAHB Alstom akan menyelia penghantaran tiga tren baharu, menaik taraf dua laluan dan keseluruhan ujian komprehensif yang diperlukan untuk operasi selamat. Pada Mac 2022, MAHB mengumumkan penganugerahan projek penggantian aerotrain KLIA dengan garis masa penyiapan berjadual selama tiga tahun.

    Kelewatan dalam projek itu bagaimanapun menyebabkan MAHB menamatkan kontrak. Pada Januari 2024, projek tersebut dianugerahkan kepada konsortium yang terdiri daripada Alstom iaitu pengeluar peralatan asal (OEM) aerotrain dan usaha sama IJM-Pestech untuk mengemudi projek itu kembali ke landasan.

    Mengikut garis masa projek, aerotrain baharu dijangka tiba di Malaysia dari China menjelang akhir suku ketiga tahun ini. Ia kemudian akan menjalani ujian yang ketat sebelum memulakan operasi rasminya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    HONOR perkenalkan perlindungan mata, pengesanan Deepfake melalui AI untuk telefon pintar

    HONOR telah mempamerkan kemajuannya dalam AI pada peranti di MWC Shanghai 2024 dengan tumpuan pada pemerkasaan dan keselamatan pengguna. HONOR memperkenalkan dua...

    BNM mungkin kenakan penalti untuk bank yang sering alami gangguan perkhidmatan dalam talian

    Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat semalam mendedahkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan...

    Kaspersky Next yang direka khas untuk sekuriti IT perniagaan rasmi di Malaysia, bermula RM1,132.50/tahun

    Memandangkan penipuan terus menimbulkan ancaman yang semakin meningkat kepada masyarakat, perniagaan juga menghadapi cabaran yang sama. Untuk menangani isu ini, Kaspersky semalam...

    Ulasan HONOR 200 Pro – Telefon ‘power’ setanding ‘flagship’

    Siri HONOR 200 telah dilancarkan membawa dua jenis varian iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro. Di sini, saya akan mengulaskan varian...

    Kerajaan sasar ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK pada 2025

    Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo mendedahkan bahawa kerajaan menyasarkan ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia menjelang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X