fbpx
More

    Qualcomm Snapdragon 6s Gen 3 dilancar sebagai cipset terbaru untuk telefon mampu milik

    Qualcomm telah melancarkan sebuah cipset baru untuk telefon pintar mampu milik iaitu Qualcomm Snapdragon 6s Gen 3. Ia merupakan cipset Snapdragon 695 dan Snapdragon 6 Gen 1 yang telah diubahsuai secara overclock.

    Cipset ini ditawarkan dalam varian 4G (SM-6370) dan 5G (SM6375-AC). Ia dibina dengan nod proses 6nm dan mempunyai lapan teras CPU, terdiri daripada dua Cortex A78 2.3GHz dan enam Cortex-A55 2.0GHz.

    Ia turut mempunyai GPU Adreno 619 dan modem FastConnect 6200. Ia menyokong penggunaan RAM LPDDR4X dan storan dalaman UFS 2.2, manakala untuk pengimejan pula, ia mempunyai Spectra Triple ISP yang menyokong tiga kamera sehingga 108MP, mengambil gambar malap dengan bantuan AI dan boleh merakam video 1080p 60fps.

    Cipset ini juga menyokong penggunaan skrin Full HD+ dengan kadar segar semula 120Hz, serta teknologi Quick Charge 4+ untuk pengecasan bateri yang pantas.

    Telefon pertama yang akan menggunakan cipset ini ialah Motorola G85. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    OnePlus Nord CE4 Lite 5G akan dilancar pada 24 Jun 2024, dilengkapi cas pantas...

    Selepas OnePlus Nord CE4 dilancar pada April lalu, kini OnePlus akan melancarkan telefon seterusnya dalam siri telefon kelas pertengahan Nord iaitu OnePlus...

    PTPTN lancarkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda, boleh bayar serendah RM300 sahaja

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 buat para peminjam dana pendidikan tersebut. Kempen ini...

    vivo T3 Lite 5G akan dilancar sebagai telefon 5G paling mampu milik oleh vivo

    vivo bakal melancarkan sebuah telefon kelas permulaan yang disifatkan sebagai telefon 5G paling murah daripada jenama itu iaitu vivo T3 Lite 5G....

    Malaysia sedia berhijrah dari IPv4 ke IPv6 untuk tingkatkan keselamatan siber

    Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Derek John Fernandez, berkata negara kini sedang bersiap sedia untuk berhijrah ke Protokol Internet versi...

    HONOR Malaysia anjurkan studio fotografi khas di beberapa negeri sehingga Ogos 2024

    Susulan daripada pelancaran siri telefon pintar HONOR 200 Series pada minggu lalu, HONOR Malaysia akan menganjurkan acara studio fotografi mudah alih pertama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X