fbpx
More

    Shopee ingatkan anda supaya waspada dengan sebarang mesej yang minta maklumat peribadi

    Platform e-dagang popular, Shopee, ingin mengingatkan anda supaya kekal berwaspada terhadap sebarang mesej atau SMS yang meminta maklumat peribadi anda. Peringatan ini diberi susulan peningkatan mesej scam yang semakin mendadak dalam waktu terdekat.

    Mesej-mesej scam tersebut memaklumkan anda kononnya terdapat barang yang tidak dapat dihantar kepada anda kerana kekurangan maklumat penghantaran.

    Shopee menegaskan bahawa mereka tidak akan menggunakan sebarang platform permesejan untuk meminta maklumat para pelanggan bagi mempercepatkan proses penghantaran.

    Sebarang komunikasi di antara Shopee dan pelanggan hanya akan dibuat dalam aplikasi rasmi Shopee, laman-laman media sosial Shopee dan akaun perniagaan WhatsApp Shopee yang diiktiraf. Perlu diingati bahawa semua media sosial dan saluran WhatsApp yang rasmi oleh Shopee mempunyai tanda pengiktirafan (verified).

    Jika pelanggan ingin menghubungi Shopee, anda boleh melakukannya melalui fungsi sembang langsung (live chat) dalam aplikasi Shopee atau e-mel, tanpa mendedahkan sebarang maklumat peribadi.

    Shopee juga menasihatkan anda untuk semak platform Semakmule oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jika anda ragu-ragu dengan akaun-akaun bank serta nombor telefon tertentu yang pernah digunakan dalam jenayah kewangan sebelum ini.

    Jika anda menjadi mangsa penipuan atau scam, anda perlu hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) segera pada talian 997.

    Kami berharap anda terus berhati-hati dengan taktik scam yang semakin licik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X