fbpx
More

    vivo Y100 5G dalam warna oren dilancar di Malaysia, berharga RM1,199

    Selepas vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu, kini telefon itu ditawarkan dalam satu varian warna baharu iaitu jingga Orange Leather.

    Seperti pilihan warna ungu sebelum ini, varian Orange Leather mempunyai permukaan belakang yang dibuat daripada kulit untuk penampilan yang lebih premium. Sungguh pun begitu, warna oren ini mempunyai hiasan yang baharu iaitu beberapa corak garisan melintang yang membuatkannya nampak seperti kulit pada beg tangan.

    Selain penampilan baharu, vivo Y100 5G ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti varian warna lain. Antara spesifikasi yang menarik termasuklah skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar 120Hz, dwi-kamera 50MP+8MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 80W.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y100 5G:

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, resolusi 2400×1080, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,800 nits, gamut warna DCI-P3 100%
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 8GB
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera 8MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 80W
    • Pembesar suara stereo
    • Port USB-C 2.0
    • Pilihan warna ungu dengan hiasan kulit, atau hitam dengan plastik berkilauan
    • Rating kalis air IP54
    • Sistem operasi Andoid 14 dengan Funtouch OS 14

    vivo Y100 5G akan dijual pada harga RM1,199. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan warna ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    MYDINPay dilancar di Malaysia: E-dompet pertama yang dilancar oleh syarikat peruncit

    Pada hari ini, syarikat peruncitan popular MYDIN memperkenalkan aplikasi e-dompetnya sendiri iaitu MYDINPay bagi menawarkan pengalaman beli-belah yang mudah untuk para pelanggannya....

    Samsung Galaxy Unpacked seterusnya mungkin akan berlangsung pada 10 Julai 2024

    Samsung dijangka akan menganjurkan acara pelancaran utama untuk separuh kedua tahun ini, Samsung Galaxy Unpacked, di mana mereka mungkin akan melancarkan telefon...

    Apple tolak kerjasama dengan Meta untuk integrasikan AI kerana isu privasi

    Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa Apple sedang berbincang dengan Meta untuk menyepadukan model kecerdasan buatan (AI) seperti Llama ke dalam produk mereka....

    Aplikasi YouTube pada platform Android akan hadir dengan pemasa tidur

    Mungkin ada dalam kalangan kita yang suka menonton video YouTube sehingga tertidur. Namun, hal ini bakal berubah dengan kehadiran ciri baharu dalam...

    Netflix pertimbang pelan percuma yang disokong iklan untuk pengguna di Asia

    Bilangan perkhidmatan penstriman yang tersedia untuk langganan bulanan seperti Netflix dan Disney+ kini terus meningkat. Mungkin ramai antara kita tidak sedar berapa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X