More

    4 sebab kenapa anda perlu membeli komputer riba Intel®️ kelas-Evo™️!

    Dalam era modenisasi ini, golongan bekerja memerlukan ciri praktikal dan harga yang berpatutan apabila memilih sesuatu produk. Hal ini benar terutamanya jika anda mencari sesuatu yang berbaloi dengan harga yang dibayar. Namun, apabila bercakap mengenai keseluruhan aspek, terdapat golongan yang lebih memilih kehendak dan ada juga yang membeli produk premium kerana keperluan.

    Situasi ini terjadi sama seperti ketika anda mahu membeli komputer riba yang mana ianya merupakan pilihan ramai untuk kegunaan bekerja. Sesetengah golongan pada masa kini mahukan ciri premium, bergaya dan mudah alih. Dengan adanya jenama seperti Acer, HP dan Lenovo, maka terdapat banyak pilihan di dalam pasaran sekarang. Jika anda salah seorang daripada golongan tersebut, ini adalah empat sebab mengapa anda perlu memilih komputer riba Intel® kelas-Evo™!

    #1 Reka bentuk premium yang menarik

    Komputer riba yang tampak elegan dan kemas

    Andaikan anda merupakan seorang jurujual dan ingin berjumpa dengan pelanggan di sebuah kafe. Apakah perkara yang menambah baik pandangan pertama pelanggan kepada anda? Adakah dengan memakai pakaian kasual serta menggunakan komputer riba kelas permulaan atau gaya seperti seorang profesional dengan ultrabook yang kelihatan elegan? Jawapannya kita bakal ketahui nanti. Langkah seterusnya adalah memilih komputer riba dengan reka bentuk elegan.

    Sebagai contoh, anda boleh lihat pada Acer Swift 3 yang mana ia memiliki pilihan warna yang sangat menarik. Acer Swift 3 bukan sahaja nipis, malah mempunyai beberapa pilihan warna termasuk merah burgundy yang menawan.

    #2 Serba boleh dalam banyak faktor

    Perlukan resipi ketika memasak? Tiada masalah!

    Kebanyakan komputer riba mempunyai ciri yang sama. Walau bagaimanapun, sesetengah komputer riba menawarkan faktor bentuk yang berlainan seperti menambah baik keserbabolehan kepada penggunanya. Secara khususnya, kita bercakap mengenai komputer riba yang serba boleh. Komputer riba yang serba boleh hadir dengan bukaan engsel sehingga 360 darjah membenarkannya berubah bentuk. Hal ini berbeza dengan reka bentuk yang ada pada komputer riba konvensional.

    Komputer riba yang memiliki ciri ini sangat serba boleh yang mana penggunanya boleh melukis pada mod tablet atau menonton filem pada mod ‘khemah’. Jika ciri ini yang anda cari, maka terdapat dua pilihan iaitu HP Spectre x360 14 atau Lenovo Yoga 9. Yoga 9 memiliki lebih banyak reka bentuk utiliti manakala HP Spectre x360 memiliki reka bentuk yang nipis. Kedua-duanya hadir dengan stilus yang berfungsi sebagai penanda, penonjolan, melukis serta menulis.

    #3 Prestasi yang setanding

    Serba boleh dan bergaya merupakan perkara yang terbaik tetapi jika tidak mencapai tahap yang diharapkan, maka ianya sia-sia. Untuk pengguna biasa, sesebuah komputer riba haruslah mempunyai RAM yang secukupnya untuk mengawal pelbagai program tanpa masalah. CPU juga sangat penting dalam hal ini kerana ia sepatutnya beroperasi dengan baik apabila membuka aplikasi andalan seperti Adobe Photoshop.

    Dengan ciri yang telah disebutkan, anda boleh mempertimbangkan untuk memiliki Lenovo Yoga Slim 7 Carbon yang dilengkapi Intel® Core™️ i5-1135G7, RAM 8GB dan grafik Intel®️ Iris®️ Xe. Model ini cukup baik dalam kegunaan kerja seharian dan menyunting gambar. Namun, jika anda mahukan sesuatu yang lebih berkuasa, anda boleh memilih Acer Spin 5 yang dilengkapi Intel® Core™️ i7-1165G7, RAM 16GB dan grafik Intel® Iris®️ Xe.

    Tambahan, terdapat juga komputer riba kelas-Evo™ lain yang memiliki beberapa ciri penting. Selain daripada Intel® Core™️ i5/i7 Gen-11 dan grafik Intel® Iris®️ Xe, ia juga hadir dengan sokongan Wi-Fi 6 (Gig+), port Thunderbolt 4, kamera HD, perisian pembatalan hingar dan banyak lagi.

    #4 Hiburan sepanjang masa

    Setiap masa bekerja tanpa berhibur? Jawapannya adalah tidak melainkan anda menggunakan komputer riba yang diberikan oleh syarikat. Tiada siapa membeli komputer riba hanya untuk bekerja sahaja. Jika anda ingin membeli komputer riba, anda akan lebih cenderung menggunakannya untuk game kasual dan menonton filem. Komputer riba yang telah ditunjukkan hadir dengan pembesar suara dan paparan berkualiti tinggi. Dengan ciri ini, anda boleh menikmati hiburan santai sementera tidak sibuk ketika dalam waktu bekerja.

    Inilah empat sebab yang membuatkan Intel® kelas-Evo™ adalah pilihan terbaik untuk komputer riba anda bagi menjalani kehidupan seharian dalam era serba moden. Sebahagian komputer riba yang dipaparkan telah disediakan pautan untuk maklumat lanjut bagi memudahkan anda mencarinya.

    Tapi apakah pendapat anda tentang komputer riba yang telah ditunjukkan? Adakah anda mempunyai cadangan daripada segi jenis komputer riba atau ciri-ciri spesifik yang sepatutnya ada untuk pekerja dalam era moden sekarang?

    Untuk perbandingan antara model komputer riba Intel® kelas-Evo™, anda boleh klik sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki salah sebuah komputer riba di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...