fbpx
More

    POCO Pad dilancar: SD 7s Gen 2, skrin LCD 120Hz 12.1″ dan bateri 10,000mAh berharga ~RM1,415

    POCO telah melancarkan siri F6 bersama tablet pertama mereka yang dinamakan POCO Pad. Tablet ini direka untuk kegunaan kerja dan hiburan dengan reka bentuk yang serupa dengan Redmi Pad Pro. POCO Pad menampilkan paparan LCD 120Hz 12.1 inci, dengan resolusi 2.5K dan 68 bilion warna (12-bit).

    Dengan kecerahan puncak 600 nits dan DC dimming untuk pengalaman tanpa kelipan pada tahap kecerahan rendah, paparan ini merupakan komponen utama yang memberikan pengalaman visual yang mengagumkan. POCO Pad dioptimumkan untuk kedua-dua hiburan dan kerja, dengan nisbah aspek 16:10 yang seimbang.

    Ia dilengkapi dengan empat pembesar suara Dolby Atmos dan sokongan Dolby Vision untuk kualiti imej yang tinggi semasa penstriman video. Baterinya yang berkapasiti 10,000mAh mampu bertahan sehingga 16 jam untuk penstriman video tanpa henti dan pengecasan 33W di mana 15 minit pengecasan memberikan 26 jam main balik muzik.

    Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7s Gen 2 yang turut digunakan pada POCO X6, POCO Pad hadir dengan RAM 8GB dan storan 256GB serta sokongan kad microSD sehingga 1.5TB. Sistem operasi HyperOS menawarkan ciri-ciri menarik seperti tukar skrin telefon ke tablet dan papan klip bersama untuk perkongsian teks, fail dan imej. Tablet ini juga boleh disambungkan kepada telefon dengan hanya satu sentuhan untuk tethering yang cepat.

    POCO Pad mempunyai badan logam unibody yang elegan dengan ketebalan 7.52mm dan berat 571g tersedia dalam warna Kelabu dan Biru. Aksesori tambahan termasuk POCO Pad Cover untuk perlindungan, POCO Pad Keyboard untuk kemudahan kerja serta POCO Smart Pen untuk mencatat dan melukis.

    Tablet ini ditawarkan pada harga awal $300 (~RM1,380) untuk versi 8/256GB dengan harga biasa $330 (~RM1,415) selepas promosi pelancaran. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: POCO Global

     

    Artikel Terkini

    Lenovo Tab Plus dilancar di Malaysia: Tablet 11.5″ dengan skrin 2K, 8 pembesar suara...

    Pada hari ini, Lenovo Malaysia melancarkan Lenovo Tab Plus iaitu sebuah tablet berfokuskan hiburan, dengan lapan pembesar suara JBL Hi-Fi yang ditala...

    realme C65 akan dilancar di Malaysia pada 4 Julai 2024

    realme C65 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Julai 2024, meneruskan warisan 'Essential Plus' dalam siri C realme dengan penekanan baru pada...

    Kerana cinta dalam talian, penjawat awam ditipu dan rugi hampir RM150,000

    Seorang penjawat awam di Setiu, Terengganu mengalami kerugian RM148,200 selepas beliau menjadi mangsa sindiket penipuan percintaan dalam talian sejak awal bulan ini....

    MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” edisi khas berharga...

    Selepas memperkenalkannya untuk pasaran antarabangsa pada awal bulan ini, MSI Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming edisi khas MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport...

    Acer Nitro ED343CUR H Curve rasmi di Malaysia: Skrin 100Hz 34″ berharga RM1,099

    Hari ini, Acer Malaysia mengumumkan monitor Nitro ED343CUR H Curve yang menampilkan resolusi UltraWide QHD dengan nisbah paparan 21:9, menawarkan pengalaman tontonan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X