More

    SUKMA 2024 akan disiar menggunakan teknologi 5.5G, kelajuan cecah 8Gbps

    Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya merancang untuk menggunakan teknologi 5G Advanced, lebih dikenali sebagai 5.5G, untuk penyiaran langsung temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak pada Ogos ini.

    Dengan teknologi 5.5G, ia akan membenarkan kelajuan pemindahan data sebanyak lapan kali ganda lebih pantas berbanding teknologi 5G komersial. Jika kelajuan internet daripada 5G hanya sekadar 1Gbps, teknologi 5.5G menawarkan kelajuan sehingga 8Gbps.

    Walaupun SUKMA 2024 akan dianjurkan di seluruh Sarawak, buat masa ini teknologi 5.5G hanya akan dimanfaatkan untuk sukan yang dianjurkan di Kuching sahaja kerana masih terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu dikaji. Untuk lokasi lain seperti Sibu dan Bintulu, beliau masih belum mengesahkan penggunaan 5.5G di situ.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah pun menerima permohonan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi yang ingin bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk penyiaran SUKMA 2024 menggunakan rangkaian 5.5G.

    Teknologi 5.5G masih belum lagi diperkenalkan secara meluas di Malaysia, namun beberapa syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan HUAWEI sudah pun merancang untuk menawarkannya secara komersial pada masa hadapan.

    SUKMA 2024 akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menontonnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...