More

    Circle to Search kini tersedia pada Google Chrome

    Ciri Google AI Circle to Search mula diperkenalkan pada awal tahun ini dalam siri Samsung Galaxy S24 dan ia kini tersedia pada komputer melalui Chrome pada versi beta ChromeOS 127 dan Chrome 128 untuk Windows dan macOS.

    Dengan ciri ini, anda boleh memulakan carian dengan hanya memilih mana-mana imej pada skrin. Bagi yang belum tahu, ia membolehkan pengguna mencari maklumat dengan mudah berdasarkan kandungan visual.

    Carian Google Lens Chrome

    Carian Google Lens Chrome

    Carian Google Lens Chrome

    Pada desktop, ciri ini dipanggil “Drag to Search”. Pengguna ChromeOS boleh mengaksesnya dengan mengklik ikon Google Lens baharu dalam bar alamat. Untuk pengguna Windows dan macOS pada Chrome, ia bermula dengan memilih “Search with Google Lens” daripada menu utama.

    Anda juga boleh menyematkan pilihan ini pada panel sisi untuk akses mudah. Kongsi pendapat anda tentang ciri AI yang dibawakan Google ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Google

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured