More

    Rusuhan di UK menunjukkan berita palsu tidak boleh dipandang enteng

    Rusuhan di United Kingdom yang dikaitkan dengan penyebaran berita palsu harus dijadikan pengajaran untuk mencegah kejadian serupa di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Untuk makluman, rusuhan telah terjadi di beberapa kawasan di UK berikutan kejadian tiga kanak-kanak ditikam di Southport, kemudian maklumat salah yang tular berkenaan kejadian tersebut telah mencetuskan rusuhan dalam kalangan rakyat UK.

    Serangan bermula apabila maklumat palsu menyebarkan nama dan identiti penyerang dengan dakwaan dia seorang migran dari Syria yang tiba di UK dengan menyeberangi Selat Inggeris baru-baru ini menggunakan bot kecil dan kononnya dia seorang Muslim.

    Axel Rudakubana, 18, yang didakwa atas tiga pertuduhan membunuh dan 10 pertuduhan cubaan membunuh, sebenarnya bukanlah seorang Muslim atau migran. Akibatnya, protes terjadi dan pergaduhan anti-Islam dan anti-imigresen di bandar-bandar utama.

    Fahmi berkata Malaysia perlu mengambil contoh apa yang terjadi dan isu berita palsu tidak boleh ditangani secara sambil lewa. Selepas pilihan raya umum lalu, trend penyebaran berita palsu melampau yang ketara di media sosial selalunya berkaitan topik sensitif seperti kaum, agama dan institusi diraja (3R).

    Tambahnya, beliau kerap mengadakan perbincangan dengan platform media sosial bagi memastikan mereka proaktif dalam membendung penularan berita palsu terutama berita berkaitan 3R. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama 1|2

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured