More

    Khabar angin Samsung Galaxy S10 Lite: Dilengkapi cipset Snapdragon 855 dan bakal diumumkan di CES 2020

    Khabar angin tentang Samsung Galaxy S11 dan Note 10 Lite telah membangunkan rasa ingin tahu para peminat. Terkini, muncul berita tentang pengumuman Samsung Galaxy S10 Lite dan Note 10 Lite yang bakal dilakukan pada tahun 2020 di pentas teknologi CES.

    Memetik daripada The Korea Herald melalui gizmodo, pentas teknologi CES 2020 yang bakal diadakan itu akan menjadi platform untuk pengumuman peranti Samsung terbaru. Beberapa peranti Samsung terbaru yang akan menjengah pasaran dan akan diumumkan adalah Galaxy S10 Lite dan Note 10 Lite. Anda juga mungkin boleh menantikan berita pengumuman Samsung Galaxy Fold clamshell dan siri Galaxy S11 pada CES 2020.

    Kelainan yang paling menarik di sini adalah cipset Galaxy S10 Lite. Tidak seperti saudaranya Galaxy S10, S10e dan S10 Plus yang menggunakan cipset Exynos, WinFuture melaporkan S10 Lite bakal menggunakan cipset Snapdragon 855. Tambahan lagi, S10 Lite bakal dilengkapi sistem penstabilan kecondongan imej optikal (tilting optical image stabilization system) atau (tOIS) yang membenarkan peranti membetulkan gambar.

    Peranti manakah yang menjadi pilihan hati anda? Samsung Galaxy S10, S10e, S10 Plus atau S10 Lite yang bakal hadir? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini khabar angin seterusnya.

    Sumber: gizmodo | The Korea Herald | WinFuture

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured