More

    Acer Iconia Tab P11 dan Tab A8 rasmi di Malaysia dengan paparan QLED 2K 90Hz dan bateri 8,000mAh bermula RM699

    Acer Malaysia secara rasminya mengumumkan ketibaan Iconia Tab P11 dan Iconia Tab A8 baharu yang menfokuskan kepada bacaan elektronik, menonton video dan sidang dalam talian. Kedua-dua tablet baharu ini menggabung pengalaman hiburan dan pembelajaran untuk seluruh keluarga dan para pelajar terutama dengan Google Kids Space.

    Iconia Tab P11 menampilkan paparan QLED 2K 11 inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz dan menyokong gamut warna lebar 100% NTSC. Ia hadir dengan berat 550g dan ukuran senipis 8.1mm serta badannya diperbuat daripada aluminium.

    Iconia Tab P11

    Peranti dilengkapi cip pemproses lapan teras digabung dengan RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh dikembangkan melalui slot microSD sehingga 512 GB. Bateri yang digunakan berkapasiti 8,000mAh dengan cas pantas penghantaran kuasa USB 2.0. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera swafoto 5MP dan kamera belakang 13MP.

    Iconia Tab A8 pula menampilkan paparan 8.7 inci dalam badan aluminium berbingkai nipis dengan ukuran ketebalan 8mm dan berat 400g. Ia juga menggunakan cip pemproses lapan teras, RAM LPDDR4 4GB dan storan 128 GB yang boleh dikembangkan melalui slot MicroSD serta bateri berkapasiti 8,000mAh. Peranti ini mempunyai kamera swafoto 5MP dan kamera belakang 8MP.

    Iconia Tab A8

    Acer Iconia Tab P11 dan Iconia Tab A8 akan tersedia mulai 1 September 2024 di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual rasmi Acer di seluruh negara. Acer Iconia Tab P11 dijual dengan harga rasmi RM 1,099 manakala Acer Iconia Tab A8 dijual dengan harga rasmi RM699.

    Untuk menyambut kembalinya Acer Malaysia dalam pasaran tablet, para pelanggan boleh menikmati harga potongan istimewa sebanyak RM999 untuk Acer Iconia Tab P11 dan RM499 untuk A8 sehingga 14 September 2024. Sepanjang tempoh promosi ini, para pelanggan akan menerima selongsong perangkat secara percuma dengan setiap pembelian.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu tablet daripada Acer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured