More

    TikTok Malaysia buang 481 pekerja, akan cipta jawatan baharu

    TikTok Malaysia dilaporkan akan memberhentikan 481 orang pekerjanya yang terlibat dalam saringan kandungan (content moderation). Ini adalah kerana syarikat itu akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara meluas bagi melakukan saringan kandungan dan mengurangkan kebergantungan kepada saringan manual berdasarkan penelitian oleh manusia.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah bertemu dengan pihak TikTok Malaysia bagi mendapatkan penjelasan mengenai pengurangan tenaga kerjanya. TikTok mengatakan pengurangan jumlah pekerja ini tidak akan menjejaskan operasinya, malah jumlah pekerjanya adalah agak tinggi iaitu sekitar 3,700 orang.

    Malah, TikTok akan membuka beberapa jawatan baharu berdasarkan perkhidmatan baharu yang akan disediakan, seperti pengkomputeran awan dan pusat data. Mereka juga akan kekal bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

    Sungguh pun begitu, beliau meminta TikTok menambah moderator secara manual untuk kandungan atau siaran langsung dalam bahasa Cina dan Tamil, terutamanya pada waktu tengah dan lewat malam. Ini adalah kerana terdapat kes buli siber dalam TikTok Live yang berlaku pada jam 1:00 hingga 3:00 pagi dan pasukan saringan sedia ada mungkin tidak bekerja pada waktu tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured