More

    REDMAGIC Nova Gaming Tablet dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 3, skrin 10.9″ 144Hz bermula RM2,699

    REDMAGIC Malaysia hari ini memperkenalkan tablet gaming REDMAGIC Nova Gaming Tablet yang dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih bagi menawarkan prestasi gaming yang pantas. Ini termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition yang mempunyai frekuensi CPU sehingga 3.4GHz dan GPU sehingga 1GHz bagi menjana tahap prestasi yang tinggi sewaktu bermain game.

    Nova Gaming Tablet merupakan satu-satunya tablet yang dilengkapi Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition, menjadikannya peranti menarik buat mereka yang ingin bermain game mudah alih AAA terkini dalam skrin yang besar.

    Bagi mengekalkan suhu dalaman pada tahap optimum, ia dilengkapi kipas dalaman yang boleh berputar sehingga 20,000rpm dan sistem penyejukan sembilan lapis yang terdiri daripada paip haba 3D, kitaran udara dalaman 3D, aloi pelesapan haba, graphene, lapisan tembaga dan gel konduktor haba. Semua komponen ini berfungsi untuk menurunkan suhu teras sebanyak 25°C bagi mengekalkan prestasi gaming tinggi dalam masa yang lama.

    Selain itu, ia mempunyai bateri 10,100mAh yang boleh bertahan sehingga 18.7 jam, serta menyokong kadar pengecasan pantas 80W.

    Skrinnya pula berukuran 10.9 inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 144Hz dan kadar bacaan sentuh 840Hz. Di bahagian belakang, ia mempunyai cahaya RGB yang boleh diubahsuai bagi menghasilkan corak yang menarik.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk REDMAGIC Nova Gaming Tablet:

    • Skrin 10.9 inci, resolusi 2880×1800, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 550 nits, nisbah aspek 16:10
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition
    • RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB
    • Storan dalaman UFS4.0 256GB atau 512GB
    • Kamera belakang 50MP
    • Kamera hadapan 20MP
    • Bateri 10,100mAh
    • Pengecasan pantas 80W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Sistem penyejukan 9 lapis, kipas dalaman 20,000rpm
    • 4 pembesar suara DTS-X Ultra Sound
    • 3 mikrofon
    • Sistem operasi REDMAGIC OS 9.5
    • Port USB-C 3.1 Gen2
    • Harga:
      • 12GB+256GB: RM3,199 (harga promosi 24 Oktober-13 November: RM2,699)
      • 16GB+512GB: RM3,999 (harga promosi 24 Oktober-13 November: RM3,499)

    Tablet gaming ini boleh dibeli dalam laman rasmi REDMAGIC di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan laman web rasmi REDMAGIC. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured