Samsung dijadualkan melancarkan Galaxy Z Fold 6 SE pada 25 Oktober tetapi mungkin akan memperkenalkannya lebih awal iaitu pada 21 Oktober ini. Video iklan yang diterbitkan menunjukkan perubahan utama reka bentuk telefon lipat yang hadir dengan badan yang sangat nipis.
Dalam video tersebut, seseorang menghantar “jemputan” yang merupakan peranti yang tidak dilipat dengan skrin lipat yang terpasang. Skrin tersebut memaparkan tarikh pelancaran iaitu 21 Oktober 2024. Acara pelancaran mungkin akan diadakan di laman rasmi Samsung tetapi belum ada kepastian tentang strim pada platform lain.
Iklan tersebut menunjukkan bahawa Galaxy Z Fold 6 SE cukup nipis sehingga boleh dimasukkan ke dalam sampul surat dan digelongsorkan di bawah pintu. Pada masa ini, pasaran telefon lipat sedang bersaing dalam pelbagai aspek terutamanya kenipisan peranti. Terdapat tekanan daripada jenama lain seperti HONOR dan Xiaomi yang telah melancarkan telefon lipat yang lebih nipis.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







