More

    Belanjawan 2025: Peruntukan RM20 juta untuk ekosistem e-sukan di Malaysia

    Berita baik kepada peminat dan pemain e-sukan kerana dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan yang cukup besar. Salah satu faktor perdana dalam mempengaruhi peruntukan kali ini adalah atas kejayaan Selangor Red Giants (SRG) yang telah menjadi juara dunia dalam kejohanan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Piala Pertengahan Musim (MSC) 2024.

    Ia mungkin menjadi sebab utama banyak pihak buka mata dan mengubah persepsi mereka terhadap dunia e-sukan. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan komitmen untuk memajukan e-sukan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

    Peruntukan ini bertujuan untuk memperkukuhkan infrastruktur dan kemudahan bagi pembangunan e-sukan termasuk penganjuran kejohanan dan latihan untuk atlet e-sukan. Dengan sokongan kewangan ini, kerajaan berharap dapat melahirkan lebih banyak bakat muda dalam e-sukan dan memperkenalkan mereka ke pentas antarabangsa.

    Pelaburan ini menunjukkan kepercayaan kerajaan terhadap potensi e-sukan sebagai sektor yang mampu memberi manfaat kepada ekonomi dan sosial serta menarik minat generasi muda untuk terlibat dalam aktiviti sukan. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi Malaysia dalam arena e-sukan global.

    Kongsi pendapat anda tentang Belanjawan 2025 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Parlimen Malaysia

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...