More

    TikTok Shop akan promosikan jenama tempatan sewaktu 11.11 Mega Sale, tawarkan baucar RM11 juta

    Platform e-dagang TikTok Shop mengumumkan pemberian baucar bernilai RM11 juta sempena kempen jualan 11.11 Mega Sale yang akan berlangsung pada hari ini sehingga 11 November 2024. Ini adalah sebahagian daripada usaha TikTok Shop untuk menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sewaktu kempen jualan ini.

    Para pelanggan boleh mendapatkan baucar, hadiah dan pelbagai promosi khas sewaktu 11.11 Mega Sale menerusi acara siaran langsung di aplikasi TikTok pada 10 November 2024, jam 7:00 malam hingga 11:00 malam.

    Beberapa PMKS akan dipromosikan dalam siaran langsung ini, seperti Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder dan Empat Beranak. TikTok Shop akan mengadakan segmen khas #JomLokalHour yang ditujukan khas untuk PMKS tempatan sahaja.

    Terdapat juga promosi untuk jenama antarabangsa, termasuklah diskaun sehingga 90 peratus atau baucar “Beli 1, Dapat 1 Hadiah Percuma” daripada pelbagai jenama seperti vivo, Goodnite, Laneige, Ogawa, Lancome, Offspring dan banyak lagi. Anda juga boleh dapatkan baucar-baucar lain seperti Penghantaran Percuma, Diskaun Platform dan Diskaun Penjual yang boleh digabungkan untuk meningkatkan penjimatan.

    Untuk hadiah pula, TikTok Shop menawarkan pelbagai jenis hadiah seperti Myvi, Honda Wave, Honda ADV, telefon vivo V40, syiling GB Gold dan banyak lagi. Sepanjang siaran, pelanggan boleh berinteraksi dengan selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Khairul Aming, Neelofa, Aina Abdul, Ismail Izzani, Ziana Zain dan ramai lagi.

    Layari laman web TikTok Shop untuk maklumat lanjut mengenai kempen jualan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured