More

    Jualan 11.11 TikTok Shop: Lebih RM11 juta baucar, diskaun sehingga 90% dan hadiah!

    Jualan Mega 11.11 TikTok Shop Malaysia bakal berlangsung dengan tawaran diskaun luar biasa dan lebih RM11 juta dalam bentuk baucar untuk membantu rakyat Malaysia berjimat. Dari sekarang hingga 11 November 2024, ini adalah peluang terbaik untuk membeli pelbagai barangan elektronik dan aksesori dengan harga lebih rendah.

    Pada 10 November, dari 7 PM hingga 11 PM, saksikan TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown di mana anda boleh memanfaatkan baucar eksklusif dengan diskaun sehingga 90% dan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti kereta, motosikal dan telefon pintar.

    Tawaran Elektronik Terbaik: Nikmati diskaun hebat untuk produk elektronik terkemuka, antaranya:

    • Nintendo Switch OLED – RM999 (diskaun 20%)
    • Infinix Hot 40Pro Smartphone (256GB) – RM489 (diskaun 22.3%)
    • HUAWEI WATCH GT 4 Smartwatch – RM649 (diskaun 40.9%)
    • TECNO Pova 6 Neo Smartphone (16GB RAM) – RM437 (diskaun 27%)
    • 70mai A500S Dashcam Pro Plus – RM258 (diskaun 30.1%)

    Tawaran Eksklusif dan Diskaun Lain: Di TikTok Shop 11.11 termasuk:

    • Sony WH-1000XM5 Wireless Headphones – RM1101 (harga asal RM1159)
    • Farm Fresh Grow Powder 1-3 Tahun (800g) – RM74 (harga asal RM77.38)
    • Skintific 4Pcs Skincare Set – RM79 (harga asal RM83)
    • TTRacing Duo V3 Gaming Chair – RM365 (harga asal RM384)

    Dapatkan juga baucar penghantaran percuma di seluruh platform dan nikmati rebat RM10 apabila membuat pembayaran melalui Maybank2u Online Banking atau MAE card (dengan pembelian minimum RM30). Selain itu, anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000,000.

    Jangan lepaskan peluang untuk membeli barang impian anda pada harga terbaik dan sokong ekonomi digital Malaysia dengan TikTok Shop 11.11 Mega Sale. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi daripada Tiktok ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured