More

    OPPO Pad 3 turut dilancar dengan Dimensity 8350, skrin 11.61″ 144Hz harga ~RM1,360

    Selain siri Reno 13, OPPO turut melancarkan OPPO Pad 3 dengan skrin 11.61 inci LCD beresolusi 2.8K, kadar segar semula 144Hz dan kadar sentuhan 480Hz. Tablet ini juga menyokong input stilus dengan teknologi tulisan menyerupai kertas. Ia sesuai digunakan untuk pengguna kreatif seperti pereka grafik.

    OPPO Pad 3 dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8350 dengan teknologi 4nm dan hadir dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB serta menggunakan sistem operasi Android 15 dengan ColorOS 15. Tablet ini dilengkapi kamera dengan resolusi 8MP yang sama untuk bahagian depan dan belakang.

    OPPO Pad 3 menawarkan enam pembesar suara dengan resolusi Hi-Res dan bateri berkapasiti 9510mAh menyokong pengecasan pantas 67W SuperVOOC. Tablet ini direka dengan badan logam yang mempunyai ketebalan 6.29mm dan berat hanya 533 gram. Untuk sambungan, ia menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC dan 5G.

    Harga OPPO Pad 3 bermula daripad 2,099 yuan (~RM1,360) untuk model asas 8/128GB. Untuk aksesori tambahan, OPPO turut menawarkan Smart Keyboard yang dijual secara berasingan pada harga 499 yuan (~RM320). Tablet ini kini boleh dipra-tempah di China, dengan jualan rasmi bermula pada 29 November 2024.

    Dengan ciri premium dan harga kompetitif, OPPO Pad 3 adalah pilihan menarik untuk pengguna yang mencari tablet serba boleh. Nantikan pengumuman OPPO Malaysia jika ia akan tersedia kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Pad 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...