Hari ini, Sharp Electronics Malaysia menyambut ulang tahun ke-40 dengan pelancaran kempen Live Mighty dan program Peningkatan Perkhidmatan Double Sincerity. Bagi meraikan detik bersejarah ini, syarikat tersebut memperkenalkan program Jaminan Penyelesaian Perkhidmatan dalam 7 Hari.
Program ini menjadikan Sharp sebagai jenama perkakas rumah pertama yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai. Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana produk siri inverter atau siri AQUOS XLED TRU 120Hz dari sekarang hingga 31 Disember 2025 akan menerima jaminan lanjutan selama setahun dengan pendaftaran dalam talian.


Sempena acara ini, pasangan beregu wanita badminton terbaik Malaysia, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, dilantik sebagai duta untuk kempen Live Mighty. Mengikuti falsafah Sincerity and Creativity, SHARP juga merancang untuk melancarkan pelbagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, acara promosi dan inisiatif B2B yang inovatif sepanjang sambutan ulang tahun ini.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







