More

    DBKL hentikan pembayaran parkir melalui JomParking bermula tahun ini

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa pemilik kenderaan tidak lagi boleh menggunakan aplikasi JomParking untuk membayar caj parkir. Langkah ini diambil susulan tamatnya kerjasama DBKL dengan aplikasi tersebut berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

    Menerusi kenyataan pada laman Facebook rasminya, DBKL memaklumkan bahawa perkhidmatan aplikasi JomParking kini tidak lagi tersedia bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum ini, JomParking adalah salah satu operator aplikasi untuk parkir tepi jalan di bandar ini.

    Bagaimanapun, DBKL memberi jaminan bahawa pengguna JomParking masih boleh menggunakan baki kredit mereka untuk membayar parkir tepi jalan yang berada di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan lain yang masih menyokong aplikasi tersebut.

    Bagi pengguna parkir di bawah bidang kuasa DBKL, terdapat beberapa aplikasi alternatif yang boleh digunakan termasuk EZ KL Smart Park, Flexi Parking, Touch ’n Go eWallet, Boost, Mcash dan Ekupon. Pengumuman ini mungkin menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna jalan raya di ibu negara. Apa pendapat anda mengenai keputusan DBKL ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DBKL

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...