Setelah pelancaran di China pada September tahun lalu, siri telefon pintar popular Redmi Note 14 kini bersedia memasuki pasaran global. Xiaomi melalui laman web rasmi globalnya mengumumkan bahawa subsidiarinya, Redmi, akan melancarkan siri Redmi Note 14 pada 10 Januari 2025, jam 6 petang waktu Malaysia.
Siri ini akan terdiri daripada tiga model iaitu Redmi Note 14, Redmi Note 14 Pro dan Redmi Note 14 Pro+. Selain itu, pelancaran global ini turut menyaksikan pelbagai peranti lain diperkenalkan termasuk Redmi Buds 6 Pro, Redmi Watch 5 dan Xiaomi 165W Power Bank 10000 (dengan Kabel Terintegrasi). Xiaomi Malaysia juga dilihat aktif mempromosikan acara pelancaran ini.


Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada semua peranti ini akan dilancarkan serentak untuk pasaran Malaysia pada hari yang sama. Peminat Redmi di seluruh dunia pasti tidak sabar untuk melihat apa yang ditawarkan siri baharu ini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







