More

    Butiran siri vivo X50 dibocorkan, terdiri daripada tiga varian utama

    Siri telefon pintar vivo X50 bakal dilancarkan pada bulan Jun, jadi pelbagai maklumat awal tentang produk tersebut semakin kerap didedahkan kepada orang awam pada hujung Mei ini. Dalam berita terbaru, siri vivo X50 terdiri daripada tiga varian utama iaitu X50, X50 Pro dan X50 Pro+.

    Sebuah ciapan yang menghuraikan spesifikasi bagi ketiga-tiga peranti tersebut menunjukkan spesifikasi tahap flagship untuk X50 Pro+. Varian tercanggih dalam siri vivo X50 itu dilengkapi cipset Snapdragon 865, skrin 120Hz, kamera 50MP dan bateri 4,315mAh.

    Dengan membuat perbandingan di antara ketiga-tiga telefon tersebut, terdapat spesifikasi serupa di antara RAM, saiz skrin dan kapasiti bateri. Perbezaan yang ketara termasuklah daripada cipset, ROM dan sensor kamera X50 Pro+ dilengkapi sensor Samsung GN1 manakala untuk X50 an X50 Pro pula dilengkapi sensor Sony IMX598.

    Beritahu kami di Facebook jika vivo X50 berada dalam radar anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured