More

    Kerajaan MADANI umum dana RM1.5 bilion untuk pendigitalan PMKS

    Kerajaan MADANI mengumumkan dana sebanyak RM1.5 bilion bagi mempercepatkan pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara. Dana ini diwujudkan menerusi kerjasama strategik sektor awam dan swasta termasuk institusi kewangan, bank digital dan platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P).

    Inisiatif ini bertujuan membolehkan PMKS mengakses teknologi digital, pembiayaan dan bimbingan pakar bagi meningkatkan daya saing mereka dalam ekonomi digital. Majlis Inisiatif Pendigitalan Perniagaan (BDI) turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), SME Corp Malaysia dan beberapa institusi lain bagi memastikan PMKS mendapat sokongan menyeluruh.

    Langkah ini akan mempercepatkan penggunaan teknologi digital serta membantu perniagaan kecil beralih ke arah ekonomi digital dengan lebih lancar. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, 21 Penyedia Perkhidmatan e-Invois yang diiktiraf MDEC akan menawarkan sistem e-invois secara freemium dan berpatutan.

    Inisiatif ini akan membantu PMKS dalam mengurus operasi perniagaan secara lebih cekap dan sistematik. Kerajaan komited memastikan PMKS tidak ketinggalan dalam transformasi digital dengan sokongan menyeluruh bagi memperkukuh daya tahan serta pertumbuhan jangka panjang sektor ini.

    Majlis ini turut dihadiri pemimpin utama industri termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured