More

    WhatsApp kini benarkan pengguna cipta pek pelekat tersendiri

    WhatsApp kini memperkenalkan satu ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta pek pelekat mereka sendiri secara terus dalam aplikasi tanpa perlu muat turun aplikasi pihak ketiga.

    Dengan fungsi ini, pengguna boleh susun pelekat mereka ke dalam pek tersendiri dan paling menarik, boleh kongsi keseluruhan pek itu dengan rakan-rakan lain dalam WhatsApp. Ini menjadikan perbualan lebih peribadi, kreatif dan menyeronokkan.

    Ciri ini juga hadir bersama beberapa kemas kini lain seperti paparan status ahli kumpulan yang sedang dalam talian, serta kemudahan mengimbas dan menghantar dokumen terus dari aplikasi. Bagi pengguna iPhone, WhatsApp juga kini boleh dijadikan aplikasi pemesejan dan panggilan lalai.

    Untuk gunakan semua ciri ini, pastikan aplikasi WhatsApp anda dikemas kini ke versi terbaharu di App Store atau Play Store. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured