HUAWEI sekali lagi mencuri perhatian dalam dunia fotografi mudah alih dengan siri terbarunya, HUAWEI Pura 80. Siri ini merupakan kesinambungan kepada siri HUAWEI P yang kini dikenali sebagai Pura. Tahun lalu, HUAWEI Pura 70 dilancarkan pada harga bermula RM2,599 dan mendapat pujian kerana kualiti kameranya. Kini, Pura 80 dijangka tampil lebih hebat.
Menurut sumber yang dipercayai, siri Pura 80 akan dilengkapi sensor kamera SmartSens SC5A0XS yang mampu mengalahkan sensor terkenal seperti Sony LYT900 dan Sony IMX989 khususnya dalam aspek High Dynamic Range (HDR). Apa yang menarik, sensor SmartSens ini mencatatkan HDR setinggi 110db, jauh mengatasi HDR Sony yang berada di bawah 90db dan 80db.

Dalam bahasa mudah, HDR tinggi membolehkan kamera menghasilkan gambar dengan kontras terang dan gelap yang lebih jelas serta butiran yang lebih seimbang. Walaupun menggunakan saiz sensor 1 inci dan saiz piksel 1.6µm yang sama seperti Sony, SmartSens berjaya menonjol daripada segi prestasi HDR.
Tidak jelas bagaimana sensor ini mencapai peningkatan ini tetapi faktor perisian kamera mungkin memainkan peranan penting. Prestasi sebenar kamera Pura 80 masih belum dapat dipastikan sepenuhnya, namun kita berharap ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HUAWEI Pura 80 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: HUAWEI Central







