More

    realme 14T 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 6,000mAh, skrin 120Hz berharga RM999

    realme Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaharu dalam barisan peranti kelas pertengahan dengan realme 14T 5G yang ditawarkan pada harga mampu milik RM999. Peranti ini menyasarkan pengguna aktif dan kaki permainan mudah alih dengan menawarkan gabungan spesifikasi berprestasi tinggi serta ketahanan bateri.

    realme 14T 5G dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 6300 5G yang mampu menjalankan permainan Free Fire dengan kadar bingkai 60FPS secara stabil selama dua jam tanpa isu pemanasan atau penurunan prestasi. Peranti ini hadir dengan paparan AMOLED 6.72 inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

    Ia turut menyokong kecerahan puncak sehingga 2,000 nits, kadar pensampelan sentuhan ultra tinggi 1,500Hz, teknologi PWM dan DC dimming bagi paparan yang selesa di mata. Antara tarikan utama realme 14T 5G adalah kapasiti bateri sebesar 6,000mAh disertai teknologi penjimatan ruang C-Pack yang membolehkan peranti mengekalkan rekaan nipis.

    Ia juga disokong oleh sistem penyejukan Vapour Chamber bersaiz 1,700mm² dengan Sistem Penyejukan Bionik yang membantu mengawal suhu semasa penggunaan berat. Daripada segi fotografi, realme 14T 5G dilengkapi kamera utama 50MP AI dan ciri penyuntingan terbina seperti AI Eraser dan AI Motion Deblur.

    Peranti ini turut menawarkan ciri khas untuk pemain seperti GT Boost, AI Motion Control dan AI Ultra Touch Control bagi memberikan kawalan sentuhan yang lebih responsif ketika bermain. Rekaan luaran turut menerima penambahbaikan dengan penarafan IP69 bagi perlindungan kalis air dan debu. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Lightning Purple dan Obsidian Black.

    Bagi pembelian awal, pelanggan akan menerima pakej bernilai lebih RM300 termasuk sarung jari, kaca temper dan jaminan lanjutan satu tahun secara percuma. Peranti ini boleh didapati di semua kedai jenama realme, pengedar sah serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    HONOR bakal lancar telefon robot pertama dunia pada 12 Ogos ini

    HONOR mengesahkan pelancaran peranti terbaharu yang dipasarkan sebagai telefon robot pertama di dunia pada 12 Ogos ini. Peranti yang dibangunkan bersama pembuat...

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured