Samsung baru-baru ini menganjurkan 2025 Southeast Asia Tech Seminar di Bangkok, Thailand bagi memaparkan teknologinya yang terkini dalam rangakaian produk kelengkapan rumah, termasuklah inovasi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan gaya hidup yang lebih pintar dan terhubung.
Samsung AI Home
Dalam acara tersebut, Samsung memaparkan konsep AI Home yang memfokuskan pada empat tunggak utama iaitu Mudah (Ease), Jimat (Save), Jaga (Care) dan Selamat (Secure). Satu produk yang mengetengahkan konsep ini ialah AI Home Display iaitu skrin pintar yang terdapat pada lebih banyak jenis peranti bagi membenarkan anda mengakses lebih banyak fungsi, lihat informasi peribadi dan uruskan rumah dengan Map View.

Skrin ini boleh dipautkan dengan peranti-peranti pihak ketiga melalui SmartThings. Selain itu, sistem pembantu suara Bixby kini disertakan dengan Voice ID yang boleh mengenali suara anda, seragamkan kalendar dan mencerminkan (mirror) tetapan dalam telefon Galaxy untuk penggunaan yang lebih sesuai dengan kehendak anda.
Ia juga menawarkan fungsi Family Care, di mana ia boleh memberi amaran kepada setiap ahli keluarga mengenai aktiviti yang aneh dalam rumah.
Peti sejuk inovatif

Samsung memaparkan konsep peti sejuk “Screens Everywhere” yang mengutamakan skrin di pintu sejuk, dengan AI Home Display berukuran 9 inci dan AI Family Hub.
Terdapat juga model pintu Side-by-Side yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Asia Tenggara. Ia menampilkan skrin pintar, menyokong AI Energy Mode melalui hubungan Wi-Fi dan mempunyai fungsi Wide Auto Open Door yang membenarkan pengguna membuka pintu peti sejuk ini dengan sentuhan ringan sahaja.
Mesin basuh dikuasakan AI

Samsung akhirnya memperkenalkan konsep AI Wash ke dalam Bespoke AI Top Load Washer, di mana sebelum ini konsep tersebut hanya ditawarkan kepada front-load washer. Model top-load washer juga menawarkan pelbagai fungsi AI lain seperti AI Energy Mode dan AI VRT+.
Dengan konsep AI Wash+ dan AI Dry+, mesin basuh boleh mengenal lebih banyak jenis fabrik untuk pencucian yang lebih peribadi. Ia juga mempunyai AI Home Screen yang menyediakan kawalan penting dan penjejakannya seperti kitaran basuh dan tahap cecair pencuci.
Pelbagai model penghawa dingin

Penghawa dingin Samsung kini mempunyai mod Good Sleep yang membenarkan anda hubungkannya dengan jam tangan Galaxy Watch atau cincin Galaxy Ring, kemudian aktifkan pelarasan automatik untuk penghawa dingin menurut tahap tidur yang dikesan oleh dua peranti tersebut.
Terdapat juga penghawa dingin sistem (SAC) yang kini dilengkapi solusi pelarasan iklim dan menawarkan pengalaman pintar melalui hubungan Wi-Fi.
Pembersih vakum berkuasa

Samsung turut memperkenalkan Bespoke AI Jet Ultra iaitu batang pembersih vakum wayarles (stick cordless vacuum) yang paling berkuasa di dunia, dengan kuasa sedutan sehingga 400W.
Ia juga mempunyai AI Cleaning Mode 2.0 yang kini boleh mengesan pelbagai jenis sudut dinding dan permukan seperti permaidani, lantai keras dan lapik untuk pembersihan yang pintar.
Samsung menunjukkan demonstrasi untuk HexaJet Motor, algoritma AI dan stesen pembersihan semua-dalam-satu bagi memaparkan inovasi Samsung dalam aspek perkakasan dan perisian.
Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai teknologi kelengkapan rumahnya yang terkini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







