More

    iQOO Z10 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    Selepas dilancarkan di India pada April lalu, iQOO Z10 5G kini disahkan akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi. Ini berikutan telefon itu disenaraikan secara rasmi dalam laman web vivo Malaysia (iQOO merupakan jenama bawah naungan vivo).

    Laman web tersebut turut menyenaraikan beberapa spesifikasi iQOO Z10 5G secara ringkas, seperti bateri berkapasiti 7,300mAh, pengecasan pantas 90W, cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera Sony 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS).

    Sungguh pun begitu, varian memori dan harganya masih belum disenaraikan. Kita juga tidak tahu bilakah ia akan dilancar secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

    Jika kita rujuk pada model yang telah dilancar untuk pasaran India, iQOO Z10 5G bakal dilengkapi skrin berukuran 6.77 inci dengan resolusi Full HD+, manakala kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP di belakang, serta kamera hadapan 32MP.

    Pada awal bulan ini, iQOO Neo 10 telah dilancar di Malaysia, jadi iQOO Z10 5G mungkin akan dilancar pada bulan Julai atau Ogos.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO Z10 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...