More

    Kandungan AI dan berulang berisiko hilang monetisasi di YouTube mulai Julai ini

    YouTube secara rasmi mengemas kini polisi monetisasi dengan memperkenalkan istilah baharu iaitu inauthentic content (kandungan tidak asli) yang menggantikan istilah lama iaitu repetitious content. Ia akan berkuat kuasa pada 15 Julai 2025 dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan YouTube untuk memastikan kandungan yang menjana pendapatan melalui YouTube Partner Program (YPP) adalah asli, bernilai dan mematuhi garis panduan komuniti.

    Menurut Google, inauthentic content merujuk kepada kandungan yang dicipta atau diterbitkan secara besar-besaran tanpa nilai unik atau penyumbang kreatif yang jelas. Ini termasuk kandungan yang dihasilkan sepenuhnya oleh AI, video berulang dengan pengubahsuaian minimum dan rakaman yang sama digunakan dalam pelbagai video tanpa tujuan jelas.

    Kandungan sedemikian boleh menyebabkan saluran tidak layak untuk monetisasi atau dikenakan tindakan penamatan penyertaan dalam YPP. Selain itu, YouTube turut mengemas kini proses semakan kandungan untuk monetisasi. Bermula 10 Mac 2025, semua video termasuk yang bersifat private atau unlisted boleh disemak oleh manusia sebelum diberikan status monetisasi.

    Proses ini dijangka mengambil masa sehingga 24 jam dan keputusan adalah muktamad walaupun pemilik saluran boleh mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati. YouTube kini lebih tegas terhadap penyalahgunaan sistem monetisasi terutama dalam era peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan kandungan automatik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured