More

    CelcomDigi lancarkan WebSHIELD untuk lindungi anda daripada ancaman digital

    Selepas melancarkan MobileSHIELD pada awal bulan ini, CelcomDigi melancarkan satu lagi pelan perlindungan siber untuk para penggunanya iaitu WebSHIELD.

    WebSHIELD merupakan perkhidmatan sekuriti berdasarkan rangkaian (network-based security service) yang dikuasakan oleh pangkalan data global Cisco. Ia akan menghalang sebarang percubaan phishing, laman web palsu dan muat turun fail yang mencurigakan apabila anda menggunakan rangkaian mudah alih CelcomDigi.

    Ia beroperasi dalam latar belakang peranti anda bagi menyediakan pengalaman digital yang selamat sewaktu melayari laman web, membeli-belah atau kekal berhubung, tanpa sebarang pemasangan tambahan.

    Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh WebSHIELD:

    • Phishing Protection: Menghalang laman web berbahaya sebelum ia dipaparkan
    • Malware & Ransomware Blocking: Mengelakkan akses kepada perisian yang mencurigakan
    • Emerging Threat Detection: Mengenal pasti dan menghentikan domain yang berasaskan scam

    Pelanggan yang ingin mendapatkan WebSHIELD antara 21 Ogos hingga 20 November 2025 akan menerima promosi percuma, di mana mereka boleh melanggan pada harga RM1 sebulan. Selepas tempoh tersebut, WebSHIELD akan ditawarkan pada harga standard RM3 sebulan.

    WebSHIELD boleh dilanggan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Ia tidak memerlukan sebarang muat turun aplikasi untuk menggunakannya. Maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web CelcomDigi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured