More

    Komputer riba konsep Lenovo Project Pivo tertiris dengan rekaan skrin boleh berputar

    Lenovo dijangka memperkenalkan sebuah komputer riba konsep baharu yang dinamakan Project Pivo sempena IFA 2025 minggu depan. Komputer riba konsep ini menampilkan skrin berputar yang membolehkan pengguna menukar orientasi paparan daripada mod landskap ke potret seakan konsep telefon pintar LG Wing tetapi diaplikasikan pada komputer riba.

    Rekaannya pertama kali didedahkan oleh terkenal Evan Blass yang berkongsi imej janaan di platform X. Berdasarkan imej tersebut, skrin komputer riba boleh diputar 90 darjah untuk mod potret manakala sambungan antara skrin dan papan kekunci dipercayai menggunakan magnet. Kuasa dan data pula berkemungkinan disalurkan melalui sambungan di bahagian belakang skrin.

    Dengan sokongan orientasi berbeza, komputer riba ini memberi kelebihan untuk menikmati kandungan menegak seperti media sosial atau membaca dokumen dengan lebih selesa. Project Pivo melanjutkan tradisi Lenovo yang gemar bereksperimen selepas memperkenalkan ThinkBook Plus Gen 6 Rollable dengan skrin OLED boleh gulung serta ThinkPad X1 Fold dengan skrin boleh lipat.

    Setakat ini, tiada butiran rasmi diumumkan, namun ramai menjangkakan Lenovo akan mendedahkan lebih lanjut tentang Project Pivo ketika acara IFA Berlin 2025. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured