More

    MG Motor Malaysia tetapkan harga baharu MG4, kini bermula RM100,888

    MG Motor Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan harga baharu untuk hatchback elektrik MG4 dengan penjimatan yang lebih menarik untuk pembeli di Malaysia. Harga terkini bermula daripada RM100,888 untuk MG4 Lux, RM128,888 untuk MG4 Lux Extended dan RM138,888 untuk MG4 XPower. Penetapan harga baharu memberikan penjimatan melebihi RM28,000 berbanding sebelum ini.

    Setiap pembelian MG4 hadir dengan pengecas AC Wallbox 7kW percuma atau pilihan kredit pengecasan yang mewakili penjimatan tambahan sehingga RM10,000 untuk varian XPower dan Lux Extended serta sehingga RM7,000 bagi varian Lux.

    MG4 disertakan waranti menyeluruh iaitu 7 tahun/150,000 km untuk kenderaan, 8 tahun/180,000 km untuk bateri voltan tinggi dan 8 tahun/160,000 km untuk motor pemacu serta unit kawalan motor. Selain itu, promosi khas turut ditawarkan untuk model lain seperti MGS5 EV yang berharga dari RM115,900 dengan jarak sehingga 430 km (WLTP) serta pakej pemilikan menyeluruh bernilai sehingga RM10,000.

    Model petrol MG HS dan MG5 pula menikmati rebat tunai sehingga RM12,000 dan RM8,000 bersama pilihan ansuran percuma enam bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan model terbaharu, anda boleh melayari laman rasmi MG Motor Malaysia atau kunjungi pengedar rasmi MG di seluruh negara.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured