More

    smart #5 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia – rekaan lebih “boxy” dan premium

    Selepas kemunculan sulung di Malaysia Autoshow 2025, smart Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan rasmi tempahan bagi smart #5. SUV elektrik premium ini menonjol dengan rekaan lasak, prestasi tinggi dan keselesaan moden. Ia menampilkan bentuk kotak tegap yang menyerlahkan karekter berani dan dinamik.

    Pelanggan boleh menempah smart #5 dengan bayaran RM2,000 melalui aplikasi Hello smart di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery atau terus di laman web rasmi smart Malaysia. Menariknya, ruang dalaman smart #5 menampilkan balutan kulit Nappa, kemasan kayu oak serta bumbung kaca panoramik 1.7m².

    Ia turut dilengkapi tiga konfigurasi tempat duduk boleh laras, sistem pengudaraan tempat duduk hadapan dan ruang but besar berkapasiti 1,530 liter. Model ini hadir dengan dua skrin OLED 13 inci, paparan AR 25.6 inci, cip AMD V2000 dan avatar pintar LEO berkuasa ChatGPT. Sistem audio pula dikuasakan oleh 20 pembesar suara SENNHEISER dengan Dolby Atmos.

    smart #5 juga mencatat penarafan keselamatan 5 Bintang Euro NCAP dengan struktur badan menggunakan 82% keluli berkekuatan tinggi dan tujuh beg udara. Ciri Smart Pilot Assist termasuk Highway Pilot Assist dan sistem kamera 360°.

    Dua varian ditawarkan seperti Premium dengan jarak pemanduan sehingga 590km (WLTP) dan pacuan roda belakang dan BRABUS dengan pacuan semua roda, Launch Mode dan pecutan 0–100 km/j dalam 3.8 saat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...