More

    Kerajaan rancang hadkan pendaftaran kad SIM kepada 2 sahaja setiap telco

    Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bercadang melaksanakan had baharu bagi pendaftaran kad SIM prabayar sebagai langkah memperkukuh kawalan terhadap penipuan, penyalahgunaan platform digital dan penyebaran kandungan palsu.

    Cadangan tersebut menetapkan bahawa warganegara Malaysia hanya dibenarkan memiliki maksimum dua nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi manakala bukan warganegara dihadkan kepada dua nombor sahaja secara keseluruhan tanpa mengira penyedia perkhidmatan.

    Ketika ini, garis panduan sedia ada membenarkan pendaftaran sehingga lima nombor prabayar bagi setiap telco, namun kerajaan melihat keperluan untuk mengehadkannya bagi mengekang aktiviti penipuan dalam talian yang semakin meningkat. Proses semakan awam telah dimulakan oleh MCMC bagi mengkaji rangka kerja baharu dan dijangka berakhir pada penghujung November.

    Jika diterima pakai, pelaksanaannya dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan. Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah kesukaran menjejaki individu yang menggunakan identiti bukan warganegara untuk mendaftar akaun media sosial tempatan. Sejak Januari 2022 hingga Oktober 2025, MCMC telah mengeluarkan lebih 3,000 permintaan pemadaman terhadap kandungan deepfake dan lebih 55,000 permintaan bagi kandungan palsu.

    Selain pengawalan kad SIM, MCMC juga sedang meneliti kewajipan baharu bagi penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menyediakan pelan keselamatan dalam talian di bawah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Langkah ini akan memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan memperkenalkan mekanisme baharu bagi pengesahan umur dan identiti pengguna khususnya bagi melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada kandungan berbahaya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Edge

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured