realme baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran varian baharu bagi model realme C71 yang kini hadir dengan konfigurasi 8GB RAM + 256GB storan. Menariknya, realme C71 menampilkan bateri berkapasiti 6300mAh dengan pengecasan pantas 45W yang mampu memberikan sehingga 2.8 hari masa sedia, 9.3 jam untuk bermain game dan 15.4 jam tontonan video dalam satu cas penuh.
Ia turut menyokong pengecasan berbalik 6W melalui port USB-C. Reka bentuknya juga menonjol dengan tubuh nipis 7.79mm selari dengan matlamat realme yang mengetengahkan rekaan “feather-inspired”, ringan dan bergaya premium, lengkap dengan Pulse Light yang boleh disesuaikan untuk notifikasi, pengecasan atau muzik.

Selain itu, telefon ini hadir dengan pelbagai ciri tambahan seperti AI Call Noise Reduction 2.0, AI Eraser, Circle to Search dan Signal Hunter Antenna untuk sambungan lebih stabil. Ia juga mempunyai Riding Mode 2.0 bagi keselamatan penunggang motosikal, Ultra Volume Mode 400%, serta ketahanan military-grade yang mampu menahan jatuhan sehingga 1.5 meter.
realme C71 ditawarkan pada harga hanya RM599 dan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 7 November 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan varian terbaharu yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







