More

    HONOR Malaysia acah telefon bawah RM1,500 dengan bingkai logam, storan besar

    HONOR Malaysia mengesahkan ketibaan telefon pintar terbaharu yang memfokuskan kepada gabungan reka bentuk industri kelas atasan dan inovasi mampu milik selari dengan kehangatan pameran MWC 2026 yang sedang berlangsung.

    Peranti ini menampilkan modul kamera berbentuk segi tiga yang menyerupai bentuk peranti premium serta dilengkapi bingkai logam. Ia memberikan kualiti binaan yang lebih teguh berbanding kebanyakan peranti dalam segmen harga yang sama yang lazimnya menggunakan bahan polikarbonat.

    Berdasarkan pemerhatian trend pasaran tempatan, langkah HONOR menawarkan bahan binaan logam dan kapasiti storan terbesar bagi peranti berharga di bawah RM1,500 merupakan satu strategi kompetitif. Ia adalah untuk menarik pengguna yang mengutamakan ketahanan luaran serta ruang simpanan data yang luas tanpa perlu melabur untuk peranti mercu.

    Walaupun butiran spesifikasi penuh belum didedahkan, pengesahan harga di bawah paras RM1,500 meletakkan peranti ini sebagai pesaing serius dalam kategori pertengahan yang semakin kompetitif di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran dan spesifikasi teknikal akan diumumkan tidak lama lagi menerusi laman Facebook atau laman rasmi HONOR Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured