More

    HUAWEI Mate 80 Pro rasmi di Malaysia – Kamera 50MP dan IP69 berharga RM3,999

    HUAWEI Mate 80 Pro kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebagai model mercu terbaharu dalam siri Mate. Ia memfokuskan kepada peningkatan sistem kamera, ketahanan peranti dan prestasi sistem selain turut mengumumkan beberapa peranti baharu. Mate 80 Pro dilengkapi kamera utama 50MP Ultra Lighting dengan sensor 1/1.28 inci, kamera 48MP Ultra Lighting Telephoto Macro dengan 4× zum optikal dan ulta lebar 40MP.

    Sistem kamera disokong teknologi True-to-Colour Camera System bagi mengekalkan ketepatan warna dalam pelbagai keadaan pencahayaan. HUAWEI turut menyertakan beberapa fungsi fotografi berasaskan AI seperti AI Composition, AI Remove dan AI Best Expression. Selain itu, ia hadir dengan Kunlun Glass generasi kedua yang didakwa sehingga 20 kali lebih tahan terhadap hentakan berbanding kaca biasa.

    Mate 80 Pro mempunyai penarafan IP68 untuk ketahanan air sehingga kedalaman enam meter serta IP69 bagi perlindungan terhadap pancutan air bertekanan tinggi. Sistem penyejukan SuperCool Dual Phase Change Heat Dissipation turut digunakan dengan peningkatan kecekapan pengaliran haba sebanyak 16% dan kadar peningkatan suhu yang lebih rendah sehingga 33%.

    Reka bentuk pula mengekalkan modul kamera bulat dengan konsep Dual Space Ring Design dan ditawarkan dalam tiga warna iaitu Gold, Green dan Black. Sempena pelancarannya, HUAWEI telah bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk kempen fotografi “See, Truly Malaysia”. Pada masa sama, HUAWEI XMAGE Awards 2026 juga akan berlangsung di Malaysia dari 23 Mac hingga 16 Ogos 2026.

    Selain telefon pintar, HUAWEI turut memperkenalkan beberapa peranti termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 5, HUAWEI Watch Ultimate 2 dan HUAWEI FreeClip 2. FreeBuds Pro 5 menampilkan sistem dual-driver acoustic yang menggabungkan pemacu bass dan tweeter mikro untuk menghasilkan audio resolusi tinggi serta sokongan lossless audio dan sistem AI noise cancellation yang menyesuaikan pembatalan bunyi mengikut persekitaran pengguna.

    HUAWEI Watch Ultimate 2 pula memfokuskan penggunaan luar dengan sokongan aktiviti seperti menyelam dan golf, selain dilengkapi sensor kesihatan serta ketahanan air tinggi untuk penggunaan lasak. Sementara itu, HUAWEI FreeClip 2 menggunakan reka bentuk open-ear berbentuk klip yang ringan bagi keselesaan pemakaian jangka panjang sambil mengekalkan kepekaan terhadap bunyi persekitaran serta menawarkan sambungan multipoint, kawalan gestur dan hayat bateri sehingga sekitar sembilan jam penggunaan.

    HUAWEI Mate 80 Pro ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,999 dan kini dibuka untuk tempahan melalui HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI serta kedai rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17...

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti...

    Era iPhone murah dah habis? Apple akui kenaikan harga sukar dielak

    Apple mungkin akan menaikkan harga beberapa produknya pada masa akan datang selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook, mengakui bahawa kenaikan harga kini...

    TikTok Shop kurangkan kadar komisen untuk beberapa kategori bermula 20 Jun ini

    TikTok mengumumkan pengurangan kadar komisen untuk beberapa kategori produk di platform TikTok Shop dengan perubahan tersebut dijadual berkuat kuasa mulai 20 Jun...

    WhatsApp kini sedang uji mesej teks “View Once” pada iPhone

    WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri baharu View Once untuk mesej teks di iOS. Seperti namanya, ciri ini membolehkan mesej dihantar dan hanya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...