More

    Antigravity A1 rasmi di Malaysia dengan rakaman 8K 360 darjah dan berat 249g berharga RM6,099

    Antigravity rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran Antigravity A1 iaitu sebuah dron berkonsep 360 Drone yang memfokuskan rakaman menyeluruh dan kawalan penerbangan baharu. Dibangunkan dengan sokongan Insta360, model ini turut meraih pelbagai pengiktirafan global termasuk Red Dot Design Award 2025 dan CES Innovation Awards 2026.

    Antigravity A1 menampilkan pendekatan headset-first dengan gabungan Vision Goggles, pengawal Grip dan dron itu sendiri. Goggles dilengkapi paparan Micro-OLED resolusi tinggi untuk paparan masa nyata manakala mod FreeMotion membolehkan kawalan point-to-fly yang lebih menarik di samping mod FPV tradisional untuk kawalan manual.

    Antigravity A1 menggunakan sistem dwi-lensa dengan sensor 1/1.28 inci yang menyokong video 360 darjah sehingga 8K 30fps selain 5.2K 60fps dan 4K 100fps. Teknologi FlowState Stabilization memastikan rakaman stabil manakala fungsi seperti Sky Path, Sky Genie dan Deep Track membantu menghasilkan rakaman sinematik secara automatik.

    Seberat 249 gram, dron ini menawarkan masa penerbangan sehingga 24 minit (39 minit dengan bateri tambahan) serta ciri keselamatan seperti pengesanan beban dan komponen boleh ganti. Di Malaysia, Antigravity A1 bermula RM6,099 dengan tiga pilihan pakej dan ditawarkan dengan diskaun 20% dari 17 Mac hingga 16 April 2026.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured