More

    Xiaomi Mi Eco Inverter rasmi di Malaysia dengan sistem AI jimat tenaga bermula RM1,299

    Xiaomi memperkenalkan pendingin hawa baharu Mi Eco Inverter yang disepadukan dengan ekosistem IoT. Ia menyokong kawalan jauh melalui aplikasi mudah alih serta arahan suara yang membolehkan pengguna melaras suhu dan mod operasi dari jarak jauh.

    Sistemnya juga menyokong kemas kini perisian OTA yang membawa penambahbaikan fungsi dari semasa ke semasa selain menyediakan pemantauan penggunaan tenaga bagi membantu pengguna menilai penggunaan elektrik dengan lebih jelas. Mi Eco Inverter dilengkapi kipas berdiameter 108mm dengan aliran udara sehingga 700 meter padu sejam.

    Mod Turbo terbina dalam membolehkan penghawa dingin menyejukkan ruang dalam kira-kira 30 saat. Pada masa sama, operasi direka untuk mengekalkan tahap bunyi rendah bagi memberikan persekitaran lebih tenang ketika berehat atau tidur. Mod penjimatan tenaga berasaskan AI turut hadir untuk melaras penyejukan mengikut perubahan persekitaran bagi mengurangkan penggunaan kuasa.

    Xiaomi menyatakan model 1.0HP mampu mencapai penjimatan tenaga sehingga 24.3% manakala model 1.5HP sehingga 20.9%. Bagi penyelenggaraan, Mi Eco Inverter mempunyai peringatan penyumbatan penapis dan penapis yang boleh ditanggalkan dengan cepat untuk pembersihan. Sistem diagnostik kendiri turut disertakan bagi membantu mengesan masalah lebih awal selain struktur tahan lama, kalis kelembapan dan fungsi pembersihan kendiri.

    Mi Eco Inverter ditawarkan dalam model 1.0HP dan 1.5HP melalui laman rasmi Xiaomi serta kedai rasmi di platform e-dagang. Sempena pelancarannya, promosi bermula 24 Mac jam 8 malam menawarkan harga RM1,299 bagi model 1.0HP (harga asal RM1,899) dan RM1,599 bagi model 1.5HP (harga asal RM2,199) sementara stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured