More

    HUAWEI Pura X Max tiba sebagai telefon boleh lipat gaya buku dengan cip Kirin 9030 Pro

    HUAWEI secara rasmi memperkenalkan Pura X Max iaitu telefon boleh lipat dengan reka bentuk lebar ala buku yang dilihat mendahului perancangan Apple untuk kategori sama. Ia tampil berbeza dengan nisbah aspek 2:1 pada skrin luar dan dalam yang memberikan pengalaman tontonan lebih konsisten. Skrin luar bersaiz 5.4 inci menyokong kecerahan sehingga 3500 nits serta kadar segar semula adaptif LTPO 1–120Hz.

    Apabila dibuka, ia menawarkan skrin dalaman 7.7 inci dengan ciri serupa, namun kecerahan maksimum 3000 nits. Reka bentuknya menampilkan estetika geometri dengan kemasan bezel seramik pada modul kamera. Peranti hadir dalam lima pilihan warna termasuk Midnight Black, Zero White, Interstellar Blue, Olive Gold dan Vibrant Orange.

    Pura X Max dikuasakan cip Kirin 9030 Pro dan sistem operasi HarmonyOS 6.1 serta turut menekankan penggunaan AI menerusi Xiaoyi Smart Brain yang dipertingkat. Sistem AI menyokong integrasi dengan aplikasi popular seperti Amap, Zhihu dan Baidu Maps, selain menawarkan ciri seperti AI note-taking, suntingan foto serta fungsi Time Machine.

    Selain itu, ia dilengkapi kamera utama 50MP, telefoto periskop 50MP, ultra-lebar 12.5MP serta sensor warna generasi kedua yang digabungkan di bawah sistem pengimejan XMAGE. Sokongan potret dipertingkat dan foto dinamik 3D turut disertakan. HUAWEI juga menaik taraf mekanisme lipatan dengan engsel “basalt waterdrop” baharu yang meningkatkan ruang skrin sehingga 16% dan ketahanan jatuh sebanyak 33%.

    Skrin dalaman pula dilindungi struktur berlapis termasuk kaca UTG dan menyokong stylus M-Pen 3 Mini dengan kawalan isyarat udara serta integrasi pembantu suara Xiaoyi. Untuk harga, varian 12/256GB ditawarkan pada 10,999 yuan (~RM6,376) manakala varian 12/512GB berharga 11,999 yuan (~RM6,956). Edisi khas pula hadir dengan pilihan sehingga 16/1TB pada harga mencecah 13,999 yuan (~RM8,116).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Vmall

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...