HUAWEI rasmi memperkenalkan siri baharu HUAWEI WATCH FIT 5 menerusi acara global “Now Is Your Spark” di Bangkok malam tadi. Menariknya, model WATCH FIT 5 Pro kini hadir dengan pelbagai fungsi kesihatan lebih canggih termasuk ECG, A-Fib Alert dan ciri pengesanan risiko diabetes.
Selain mengekalkan rekaan segi empat ikonik siri WATCH FIT, HUAWEI turut membawa kemasan lebih premium pada generasi kali ini. WATCH FIT 5 standard hadir dalam pilihan warna perak, ungu, putih, hitam dan hijau manakala WATCH FIT 5 Pro pula ditawarkan dalam warna jingga, putih dan hitam.

HUAWEI menggunakan teknik oil-filling untuk menghasilkan warna lebih mendalam pada model Pro. Varian putih pula menggunakan Aerospace-Grade Nanoceramic Metal bagi memberikan kemasan lebih premium. WATCH FIT 5 Pro menyokong pulse wave-based A-Fib alerts, pemantauan ECG, pengesanan kekerasan arteri serta fungsi baharu Diabetes Risk Study.
HUAWEI juga memperkenalkan mini-workout watch face baharu yang menggalakkan pengguna melakukan senaman ringkas sepanjang hari dengan bantuan peneman panda maya yang memberi motivasi berdasarkan tabiat aktiviti pengguna. Selain siri WATCH FIT 5, HUAWEI turut melancarkan WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition hasil kolaborasi bersama Francesca Amfitheatrof.

Model premium tersebut hadir dengan 99 berlian asli bersama diamond-cut sapphire glass. HUAWEI mengesahkan siri HUAWEI WATCH FIT 5 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi menerusi laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI Experience Store serta platform rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






