More

    Kempen jualan pertama siri vivo X300 bermula, diskaun sehingga RM700!

    vivo Malaysia memulakan kempen jualan pertama bagi vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE bermula 23 Mei hingga 23 Jun 2026 di semua vivo Concept Store seluruh negara. Kempen ini menawarkan diskaun, pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, rebat bank terpilih serta pilihan PayLater.

    X300 Ultra menerima diskaun RM700 yang menjadikan harga untuk varian 16/512GB pada RM6,099 manakala varian 16/1TB berharga RM7,099. X300 FE pula dijual pada harga RM3,299 untuk varian 12/256GB dan RM3,899 bagi varian 12/512GB. Photographer Kit ditawarkan pada harga RM999 dengan rebat RM300.

    vivo Malaysia mempromosikan X300 FE boleh dimiliki serendah RM137.45 sebulan manakala X300 Ultra bermula sekitar RM254.15 sebulan melalui pelan ansuran. X300 Ultra dilengkapi sistem ZEISS Triple Prime Lenses bersama kamera utama 200MP 85mm ZEISS Gimbal-Grade APO Telephoto yang menyokong 60fps AF Tracking.

    Ia turut menggunakan 3-degree gimbal-level OIS serta lapisan ZEISS T* untuk mengurangkan pantulan dan kabur dalam situasi pencahayaan konsert. X300 FE pula hadir dengan kamera 50MP ZEISS Super Telephoto serta ciri Stage Mode dan Dual-View Stage Video yang membolehkan rakaman pentas dan reaksi dirakam serentak untuk kandungan media sosial.

    Selain jualan, vivo Malaysia bekerjasama dengan Gareth.T untuk konsert “Prince Of Nothing” di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2026. Pembeli X300 Ultra atau X300 FE layak menyertai kempen tiket konsert dengan syarat memuat naik bukti pembelian di media sosial bersama tanda pagar rasmi. Penyertaan ditutup 4 Jun 2026 dan pemenang diumumkan pada 5 Jun 2026.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...