More

    Bukan iPhone sahaja, harga Mac dan iPad Apple di Malaysia kini naik mendadak

    Harga beberapa peranti Apple di Malaysia kini meningkat yang melibatkan siri Mac, iPad serta beberapa produk lain dengan kenaikan mencecah sehingga RM2,600 bergantung kepada model dan konfigurasi. Antara kenaikan paling ketara adalah MacBook Pro 14 inci dengan cip M5 Max (36GB/2TB) yang kini dijual pada harga RM17,599 berbanding RM14,999 sebelum ini.

    Selain itu, MacBook Pro 16 inci M5 Max turut naik sebanyak RM2500 kepada RM18,499 manakala Mac Studio M4 Max meningkat RM2000 kepada RM10,999. Perubahan harga dilihat berkait dengan peningkatan kos memori global yang sebelum ini dilaporkan semakin terhad akibat permintaan tinggi daripada industri pusat data AI.

    Apabila sebahagian besar bekalan memori diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur AI, bekalan bagi produk pengguna seperti telefon pintar, tablet dan komputer menjadi lebih terhad sekali gus memberi tekanan kepada harga pasaran. Buat masa ini, kenaikan harga tersebut masih belum melibatkan siri iPhone.

    Namun, memandangkan Apple sering menjadi penanda aras industri, terdapat kemungkinan pengeluar lain turut mengambil langkah serupa sekiranya tekanan kos komponen berterusan. Selain model berprestasi tinggi, beberapa produk lain turut menerima pelarasan harga termasuk iPad Pro M5 yang meningkat sehingga RM1000, MacBook Air M5 dengan kenaikan RM800 serta siri iPad Air M4 yang naik sebanyak RM700 bergantung kepada konfigurasi.

    Produk peringkat permulaan seperti MacBook Neo, iPad mini dan iPad 2025 juga tidak terkecuali dengan kenaikan antara RM450 hingga RM500. Malah, aksesori seperti Apple TV 4K dan HomePod turut menerima pelarasan harga walaupun pada kadar lebih rendah. Antara model dengan kenaikan harga tertinggi ialah:

    • MacBook Pro 14” M5 Max (36GB/2TB): RM14,999 → RM17,599 (+RM2,600)
    • MacBook Pro 16” M5 Max (36GB/2TB): RM15,999 → RM18,499 (+RM2,500)
    • Mac Studio M4 Max (36GB/512GB): RM8,999 → RM10,999 (+RM2,000)
    • MacBook Pro 16” M5 Pro (24GB/1TB): RM10,999 → RM12,499 (+RM1,500)
    • iPad Pro M5 11” / 13”: meningkat sehingga RM1000

    Berdasarkan jangkaan industri, harga memori hanya dijangka kembali stabil sekitar 2027 hingga 2028. Sekiranya keadaan bekalan tidak berubah, pasaran mungkin akan menyaksikan lebih banyak pelarasan harga untuk produk elektronik pengguna dalam tempoh akan datang. Adakah kenaikan harga ini akan membuatkan anda tangguh pembelian atau mula melihat alternatif lain?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...